PROFIL KGMMB
FALSAFAH

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) sebagai kesatuan profesional dalam bidang pendidikan mendukung dan memperjuangkan pembinaan "Negara Bangsa" berasaskan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara melalui perencanaan dan perlaksanaan peningkatan profesionalisme,kebajikan serta maruah guru Melayu dan bangsa Melayu.
WAWASAN

Menjadikan KGMMB sebagai kesatuan yang berwibawa meningkat mertabat dan kecemerlanagan guru Melayu serta bengsa Melayu ke arah pembinaan "Negara Bangsa" yang Maju dan Dinamik.
PENGENALAN

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB 1968) mengambil tempat Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu ( KPGMPTM 1954 ) yang sebelumnya Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung ( KPGMPS ) yang ditubuhkan pada 13 April 1946.
Profil KGMMB
Carta Organisasi
Keahlian
Utama
Hakmilik Cipta Terpelihara ©2010  KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT
PENAFIAN : Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.
Rekabentuk Hakmilik Cipta Terpelihara ©2012  HANISIS SOLUTION & MANAGEMENT
Presiden
Haji Mohamed Sabri bin Mohd Arsad PKC



   Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan Buku Planner KGMMB yang terus mengekalkan tradisi menerbitkan Buku Planner saban tahun. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli KGMMB dan warga pendidik yang telah berjaya menempatkan diri dalam mencorakkan pelbagai kejayaan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum di peringkat sekolah, kementerian dan negara. Sumbangan dan setiap inci pengorbanan cikgu amatlah bertepatan dalam usaha kita bagi meneruskan tradisi memartabatkan profesion perguruan di Malaysia. Keseimbangan dan keharmonian yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi cabaran yang berterusan kepada warga pendidik bagi memenuhi harapan dan mencapai wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju. Setelah berakhirnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2010 (PIPP) kesinambungan Perancangan Pendidikan diterjemahkan melalui Tranformasi Pendidikan, antara agenda besar pendidikan negara ialah memperluaskan Pendidikan Pra sekolah, Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Penghargaan kepada kita warga pendidik akan diterjemahkan melalui anugerah sekolah cemerlang dan sekolah Berprestasi Tinggi. Maka amat wajar untuk mencapai hasrat ini Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan program LINUS menjadi agenda utama bagi setiap sekolah.

   Dikesempatan ini marilah kita guru-guru Melayu menanamkan azam dan tekad perjuangan mempertahankan kedaulatan dan ketuanan Melayu sebagai bangsa teras di negara ini. Kedaulatan bangsa Melayu menjelang dan sesudah kemerdekaan disandarkan pada empat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikaitkan dengan Kontrak Sosial rakyat Malaysia, sebagai imbangan pengurniaan taraf kerakyatan kepada kaum lain yang bukan Melayu dan bukan penduduk asal negara ini. Pertama kedudukan Raja-raja Melayu, Kedua agama Islam sebagai agama rasmi, Ketiga Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Keempat, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Keempat perkara ini menjadi asas yang penting untuk menjamin kedaulatan dan ketuanan Melayu di negara ini. Dasar Bahasa Kebangsaan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi sebagai salah satu asas kenegaraan berkaitan erat dengan pembentukan jati diri dan wahana komunikasi bagi segala urusan negara serta lambang kewujudan dan kedaulatan negara yang kita cintai ini.

   Akhir kata saya mengajak ahli-ahli KGMMB dan keluarga pendidik bersama-sama memahami konsep 1Malaysia supaya dapat mewujudkan bangsa  Malaysia yang tabah, berintegriti dan berdaya saing untuk terus memertabatkan Kemajuan Negara melalui slogan “Guru Pemangkin 1 Malaysia”.

“HIDUP BERBAKTI”
SELAMAT TAHUN BARU 2012.

HAJI MOHAMED SABRI BIN MOHD ARSAD, AMP., PKC.
Presiden
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
PERUTUSAN PRESIDEN
" Salam 1 Malaysia "
Drop Down Menu
RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN