Assalamualaikum wbt.
Salam kemesraan dan salam Maal Hijrah 1431 serta selamat menyambut tahun baru 2010, semoga kita semua ditingkatkan keimanan, dikukuhkan ketakwaan dan dieratkan ukhwah Islamiah serta semoga kita dapat terus menjulang slogan KGMMB ' HIDUP BERBAKTI' untuk agama, bangsa dan negara.
1. Bagi tujuan untuk mengemaskinikan keahlian KGMMB dari masa ke semasa , semua ahli hendaklah mematuhi Peraturan 7 (2) : Kewajipan dan Tanggungjawab Ahli-Ahli dalam Buku Peraturan dan Perlembagaan KGMMB
" Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap ahli untuk memberitahu Setiausaha Cawangan dengan segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat kerja "
2. Sehubungan dengan Perkara 1. di atas , semua Setiausaha Cawangan yang juga MJKA hendaklah mematuhi dari masa ke semasa Peraturan 33 (2) : Kewajipan Pegawai-Pegawai Cawangan dalam Buku Peraturan dan Perlembagaan KGMMB
" .......dan ia hendaklah memberitahu Setiausaha Agung di akhir tiap-tiap tiga bulan mengenai apa-apa pertukaran yang berlaku terhadap ahli-ahli itu............... "
Sekian, terima kasih
` HIDUP BERBAKTI `
Hj. Jamaludin bin Hj. Jali, PKT.,PJK.,PJM
Penolong Setiausaha Agung 1 KGMMB
2. Program Bimbingan PTK Yayasan Guru Malaysia (YGMB).
Hakmilik Cipta Terpelihara ©2010 KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT
PENAFIAN : Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.